Monday, 30 July 2012

Hadith Dhaif, Adakah Semuanya Boleh Diamalkan??? :)

Assalamualaikum.... erm, ni adalah copy paste balik notes kat FB ke dalam blog aku... :D


Erm, kali ni macam nak tulis pasal hadith dhaif la kan. First, penulis bukan berasal daripada manusia yg belajar agama secara formal, cuma niat penulis adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang ilmu Allah ni. Penulis cuma nak cakap pasal ilmu mustalah al-hadith sedikit, yakni tentang penggunaan HADITH DHAIF.

Hadis saheh 




Basically, hadith terbahagi kepada 4 bahagian. Hadith sahih, hadith hasan, hadith dhaif, hadith palsu. Namun kita akan fokus tentang hadith dhaif. Apa makna hadith dhaif? Hadith dhaif ialah hadith yang tidak memenuhi syarat hadith sahih. Apa syarat hadith sahih? Hadith sahih ialah hadith yang:





1) Bersambung sanadnya



2) Rawinya adil



3) Rawinya dhabit (hafazan/tulisan)



4) Tidak syadz (tidak bertembung hadith yg diriwayatkan oleh perawi tsiqah dengan perawi yg lebih tsiqah)



5) Tiada sebarang 'illah (kecacatan)





So hadith dhaif ialah hadith yg tak memenuhi 5 syarat di atas. Okay, ramai orang kata, "Alah, hadith dhaif kan boleh digunakan dalam fadhail a'mal (kelebihan beramal), galakkan dan untuk menakut-nakutkan (targheeb wa tarheeb)".





Benar, hadith dhaif memang boleh digunakan untuk 3 perkara di atas. Namun ia tidak semudah yang anda sangkakan. Terdapat khilaf ulama dalam penggunaan hadith dhaif ini namun adalah lebih baik kita fokuskan kepada keharusan beramal dengan hadith dhaif yang diberikan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al'Asqalani, seorang ulama bermazhab Syafie.







al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani memberikan syarat bahawa:



- hadith itu tidak TERLALU DHAIF (tak boleh guna hadith mungkar, matruk, dan sbg nya)



- isi hadith menepati kaedah2 umum dalam Islam (tak bercanggah dengan prinsip Islam), maksudnya hadith2 dhaif yg bercanggah dengan prinsip2 usul dalam Islam, makanya tak boleh dibuat sbg amalan



- ketika beramal dengannya, tidak beriktiqad bhw ia confirm keluar drpd lisan Nabi saw - maksudnya apabila anda mengamalkan hadith dhaif, makanya tidak boleh anda beranggapan bahawa ianya confirm disebut oleh Nabi saw, dan apabila anda hendak memberitahunya kepada orang lain, maka hendaklah dilafazkan dengan lafaz yang menunjukkan ia tidak confirm daripada Nabi saw





- HARUS DIINGAT bahawa hadith dhaif walaupun ringan mestilah memenuhi syarat2 yg lain iaitu asal amalan yg hendak dijadikan hadis dhaif sebagai targheeb atau tarheeb padanya mestilah tsabit dgn hadis sahih. Maksudnya disini, ia tidak bercanggah dengan hadith yang sahih dan amalan tersebut tidak boleh berdiri dengan sendiri dengan hanya hadith dhaif, namun ia mesti tsabit daripada hadith yang sahih dahulu yang mana hadith dhaif itu hanya sebagai tambahan sahaja kepada amalan itu. :)





Okay, ramai antara kita mengatakan macam saya kata di atas bahawa, "ouh hadith dhaif boleh diamalkan". Sedangkan tahukah anda bahawa hadith dhaif terbahagi kepada dhaif khafeef (dhaif yang ringan) dan dhaif jiddan (sangat dhaif).





Tak semua hadith dhaif boleh diamalkan, diulang, tak semua hadith dhaif boleh diamalkan, again, tak semua hadith dhaif boleh diamalkan.





Hanya hadith dhaif yang ringan sahaja yang boleh diamalkan yang mana perawinya tidak mempunya masalah dari segi 'adalah (keadilan). Maksudnya rawinya tidak dituduh sebgai pendusta, fasiq, ahli bida'ah dan tidak melakukan sesuatu yang boleh mencalarkan imej sebagai perawi hadith.





Bukan semua hadith yang dihukum dhaif, semuanya nak hentam bubuh boleh diamalkan. Makanya kalau nak beramal dengan hadith dhaif, sila pastikan dahulu ia dhaif dari segi apa. Dan apa nilaian ulama hadith tentang sesuatu hadith yang anda nak amalkan itu. Bukannya dapat satu hadith, terus sebarkan. Salah tu. :)





Allahu a'lam... Moga jika ada kesalahan dan kesilapan, sila tegur secara direct. Moga teguran anda bermanfaat untuk kaum Muslimeen yang lain. Sungguh kami manusia yang lemah yang dahagakan redha Allah. Moga Allah redha atas kami dan kamu... ^_^

Isi artikel ini telah disemak dan diluluskan oleh Fadhilatus Sheikh al-ustaz Muhammad Asrie bin Sobri, guru kami... :)

wassalam...

credit to http://abutaufiq.blogspot.com

Saturday, 28 July 2012

Tip-Tip Belajar & Menghadapi Peperiksaan

Antara tips untuk menghadapi peperiksaan ialah

1) Mendekatkan diri kepada Allah seperti solat, baca Al-Quran serta makna ( bagi yang tak tahu bahasa ARAB) . Sesungguhnya Allah yang memberi kefahaman kepada kita untuk memahami sesuatu ilmu.

2) Banyak membuat soalan Past Year. Ini untuk membiasakan diri kita dengan format - format soalan peperiksaan dan tahap kesusahan soalan. Soalan Past Year selalunya terdapat di kedai-kedai buku untuk UPSR, PMR dan SPM. Untuk pelajar IPT pula, selalunya terdapat di website library.

3) Rujuk semula nota - nota yang telah di buat. Ini akan menjimatkan masa pelajar untuk mengulangkaji pelajaran tanpa mentelaah buku yang tebal. Selalunya nota dibuat setelah selesai belajar sesuatu bab.

4) Buat analisa kertas past year. Mengenal pasti soalan yang boleh score dan tak boleh score. Ini juga cara untuk menjimatkan masa pelajar untuk ulangkaji. Tumpukan perhatian pada soalan yang boleh score dan banyakkan ulangkaji tentang soalan tersebut.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan.... selamat beramal... moga cemerlang dalam peperiksaan amin... Jangan lupa Usaha, Doa, Tawakal

BEBERAPA SANGKAAN TENTANG PUASA

BEBERAPA SANGKAAN TENTANG PUASA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Ada beberapa anggapan, pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala beberapa perbuatan tertentu, padahal tiada dalil yang menyokong pendapat mereka. Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.


Mandi Masa Puasa
Antaranya, anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa. Ada pula yang bertegas semasa puasa mandi selepas asar makruh. Ini tidak disokong oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”
Memasukkan Ke Rongga
Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas:
“Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).
Namun, itu merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan puasa. ‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu al-Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama, beliau menjelaskan puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu baginda s.a.w akan menerangkannya. Juga tentu para sahabah akan bertanya mengenainya. Namun, apabila tiada hadis sahih tentang hal itu, maka menunjukkan memakai celak tidak membatalkan puasa. Demikian juga tentang mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.
Maka menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong dan seterusnya adalah dibolehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.

Tidak Mandi Junub
Antara lain ialah menganggap tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk. Ada yang menganggap puasa itu tidak sah. Padahal dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).

Muntah
Antara lain ada yang menganggap sesiapa yang termuntah maka batal puasa. Sebenarnya, di sana ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah. Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban).
Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yang memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya.

Imsak
Antara lain menganggap sesiapa yang makan ketika hampir subuh iaitu bukan pada waktu imsak yang difahami oleh sesetengah pihak, maka puasanya tidak sah. Ini kerana mereka menganggap puasa bermula beberapa puluh ataupun belasan minit sebelum subuh. Padahal waktu puasa bermula apabila masuknya waktu subuh. Firman Allah: (maksudnya)
“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).

Sabda Nabi s.a.w pula: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Musafir
Antara anggapan lain bahawa seseorang yang bermusafir jika berkemampuan wajib berpuasa, jika tidak dia berdosa. Ini berlainan dengan ayat Allah dalam al-Quran: (maksudnya)
“..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).
Hamzah bin ‘Amr al-Aslami bertanya Rasulullah s.a.w:
“Wahai Rasulullah! Aku dapati aku mempunyai kemampuan untuk berpuasa ketika musafir, adakah itu satu kesalahan ke atasku? Jawab Nabi s.a.w: “Ia adalah rukhsah (kelonggaran) daripada Allah, sesiapa yang mengambilnya (tidak berpuasa ketika musafir) maka sesuatu yang baik, sesiapa yang suka untuk berpuasa maka tiada salah baginya”. (Riwayat Muslim).

Tidak Sengaja
Perbuatan yang tidak sengaja, dipaksa ataupun terlupa seperti makan dan minum tidak membatalkan puasa. Sekalipun seseorang itu telah makan dan minum dengan banyak sekali. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang lupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberikan dia makan dan minum” (Riwayat al-Bukhari).
Demikianlah semua perbuatan yang tidak sengaja ataupun terlupa. Termasuk terkeluar air mani disebabkan mimpi atau terfikir secara yang tidak diusahakan. Jumhur ulama menyatakan tidak batal puasa. Di samping di sana wujudnya pendapat minoriti ulama Ibn Hazm, al-San’ani, as-Syaukani dll yang berpendapat keluar mani walaupun dengan sengaja ia tidak membatalkan puasa sebab tiada dalil mengenai hal itu. Adapun majoriti ulama berpendapat batal.
Apapun, sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan tidak membatalkan puasa. Termasuklah tertelan air semasa mandi ataupun hujan ataupun suri rumah yang terbiasa merasa makanan ketika masak lalu memakannya kerana lupa, kesemua itu tidak membatalkan puasa.
Di sana ada lagi beberapa anggapan yang perlukan penelitian sebelum diterima sebagai suatu keputusan agama.

* Artikel ini tersiar di “Kolum Dr Asri – Yahoo News Malaysia”

Credit to drmaza.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...